Rotary Club of Kampong Baharu.

Rotary Club of Kampong Baharu.
Please note all posting on RCKB activities will be posted at http://rckb.blogspot.com This blog will be used for my personal posting on Rotary activities.

Friday, May 16, 2008

DALAM KENANGAN.

Rtn. Dr.Shuib (white shirt) distributing Hari Raya ang pow to children of RTK.
Rtn. Dr. Shuib participating in community service project organised by RCKB.
Rotarian Dr. Shuib didalam kenangan.
Saya telah menerima berita sedih ini semalam dari En.Azwari, bekas ahli RCKB. Didalam email, beliau telah menyatakan bahawa Rtn. Dr.Shuib telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Arwah telah memghembus nafasnya yang terakhir pada jam 3.40 pagi. Jenazah beliau telah diuruskan dimesjid Subang Jaya dan kemudian telah disemadikan ditanah perkuburan USJ22.
Seperti yang saya telah warwarkan sebelum ini, arwah telah terlantar di Universiti Hospital sejak dua bulan yang lepas menderita sakit kencing manis. Saya berkesempatan melawat arwah sebanyak dua kali. Kali terakhir saya berjumpa, arwah nampak ceria dan telah menasihati saya supaya terus menabur bakti melalui pergerakan Rotary.
Arwah adalah salah seorang charter member RCKB. Beliau sedang mengikuti kursus ijazah undang undang di UiTM melalui kaedah KLK, tahun 3. Arwah telah memberi cadangan supaya RCKB menubuhkan 'community clinic'.
Sama sama kita berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang yang beriman. Ameen!

No comments: